Caprice

Caprice
Kelahiran
Ariz bin Ramli

(1988-07-25) 25 Julai 1988
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan
PasanganFarra Inalis Hussni (k. 2021)
Kerjaya muzik
GenreHip hop, Rap
Alat muzik
  • Vokal, rap
Syarikat rakamanCaprice Records
Kegiatan berkaitanDamian Mikhail, Hayad, Rahim Maarof, Annatasha, LM, Ron E. Jones, Ramlah Ram, UNIC, Mira Filzah, Aman RA, Yonnyboii, KING STUNNA

Ariz Ramli (Jawi: اريز بن راملي; lahir 25 Julai 1988), lebih dikenali sebagai Caprice atau Daddycap, adalah seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi Malaysia. Kebanyakan lagu-lagunya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, "Lenglui" dan "Dem Girls" telah melonjakkan beliau ke aliran arus perdana walaupun ramai yang tidak mengetahui lagu itu sebenarnya. Caprice juga merupakan pengasas bagi aplikasi pendidikan Classruum di bawah Caprice Technologies.