UNIC

UNIC
Asal Malaysia
GenreNasyid
Tahun aktif2002-kini
Syarikat rakamanHijjaz Records (2002-2009)
NAR Records (2002)
EMI (2003-2007)
Warner Music Malaysia (2008-2009)
UNICDOTMY Pro (2010-kini)
Anggota semasaBazli Hazwan (2002 - kini)
Fakhrul Radhi (2009 - kini)
Fitri Haris (2002-2010, 2022 - kini)
Bekas anggotaAfendi Jahri (2002-2003)
Wan Shah (2002-2005)
Hafiz Hamidun (2003-2006)
Syed Azlan (2007-2010)
Fadzli Aziz (2005-2015)
Wan Najdi (2016-2020)
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

UNIC ialah sebuah kumpulan nasyid yang terkenal di Malaysia. Kumpulan UNIC merupakan salah satu kumpulan nasyid yang bernaung di bawah syarikat rakaman Hijjaz Records Sdn Bhd selain In-Team (kini Inteam), Ae-man dan juga Mestica. Album pertama mereka berjudul You And I See dikeluarkan pada 2002, telah mencatatkan jualan melebihi 40,000 unit di seluruh Malaysia. Berdasarkan sambutan yang diberikan oleh peminat nasyid, sehingga kini UNIC telah bertahan selama 20 tahun dalam persada seni dan telah berjaya menerbitkan lapan buah album studio dan enam album kompilasi.