Bunohan (filem)

Bunohan
Poster keluaran tayangan.
PengarahDain Said
PenulisDain Said
Lakon layarDain Said
Cerita olehDain Said
Dihasilkan olehNadita Solomon
Dibintangi
SinematografiCharin Pengpanich
Disunting olehHerman Kumala Panca
Muzik olehTan Yan Wei
Syarikat
penerbitan
Apparat
Diedarkan oleh
  • Traction Media (Malaysia)
  • Easternlight Films (Antarabangsa)
Tarikh tayangan
8 Mac 2012
Masa tayangan
97 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.81 Juta
Pecah panggungRM 780,000

Bunohan merupakan sebuah filem drama aksi Malaysia 2012 yang mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2012. Filem arahan Dain Said menampilkan Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini merupakan filem kedua Dain selepas Dukun.

Bunohan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 dan dipilih sebagai penyertaan rasmi Malaysia ke anugerah Oskar (Anugerah Akademi) 2012 untuk merebut kategori top 5 Filem Antarabangsa Terbaik. Filem ini akan berentap dengan 70 filem antarabangsa yang lain.