Amorphophallus

Amorphophallus
Bunga lekir betul, Amorphophallus prainii.
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Aroideae
Tribus: Thomsonieae
Genus: Amorphophallus
Blume ex Decne.
Spesies jenis
Amorphophallus paeoniifolius
Spesies

Lihat bahagian bawah.

Sinonim
  • Thomsonia Wall.
  • Pythion Mart.
  • Candarum Schott
  • Pythonium Schott
  • Kunda Raf.
  • Brachyspatha Schott
  • Conophallus Schott
  • Plesmonium Schott
  • Corynophallus Schott
  • Allopythion Schott
  • Hansalia Schott
  • Hydrosme Schott
  • Rhaphiophallus Schott
  • Synantherias Schott
  • Dunalia Montrouz.
  • Proteinophallus Hook.f.
  • Tapeinophallus Baill.
  • Pseudodracontium N.E.Br.

Amorphophallus ialah genus tumbuhan herba besar dalam keluarga Araceae terdiri daripada sekitar 200 spesies. Spesies-spesies ini ditemukan tumbuh di kawasan-kawasan tanah rendah beriklim tropika dan subtropika di benua-benua Asia, Afrika dan Australia, serta beberapa kepulauan di Lautan Pasifik. Genus ini termasuk bunga bangkai (A. titanum) dari Indonesia yang terkenal kerana bunganya yang sangat besar dan mengeluarkan bau hamis semasa ia kembang selepas tumbuh selama tujuh tahun.