Pendebungaan

Pendebungaan ialah kaedah persenyawaan antara dua tumbuhan yang melibatkan pemindahan debunga dari sulur bunga sebatang pokok kepada sangga di pangkal ginoesium bunga sebatang pokok lain lalu membolehkan pembiakan seks pokok lain tersebut. Persenyawaan ini dilakukan beberapa jenis serangga termasuk lebah, kupu-kupu dan kumbang; ia juga boleh dilakukan angin yang meniup debunga-debunga pokok bunga asal.