Bengkulu

Bengkulu
Negeri Bengkulu
id
Transkripsi Negeri
Nama panggilan: Bumi Rafflesia
Cogan kata: Sekundang setungguan seio sekato (Bahasa Melayu)
(Banyak tangan membuat kerja senang.)
Lokasi Bengkulu di Indonesia
Negara Indonesia
Ditubuhkan pada18 November 1968
Ibu kota
(dan bandar terbesar)
Bengkulu
Pentadbiran
 • GabenorHelmi Hasan
 • Timbalan GabenorMian
Keluasan
 • Jumlah19,919.33 km2 (7,690.90 batu persegi)
 • PemeringkatanKe-24
Penduduk
 (2017)
 • Jumlah2,115,024
 • Pemeringkatan27th
 • Kepadatan110/km2 (280/batu persegi)
DemonimWarga Bengkulu (id)
Demografik
 • Kumpulan etnikRejang (60,4%), Jawa (22,3%), Serawai (17,9%), Lembak (4,9%), Pasemah (4,4%), Minangkabau (4,3%), Melayu (3,6%), Sunda (3%), Batak (2%)
 • AgamaIslam 95,27%, Kristian 3,59%, Hindu 0,73%, Buddha 0,41%
 • BahasaBahasa Indonesia (bahasa rasmi), Bahasa Melayu Bengkulu, Rejang, Jawa, Serawai, Bahasa Lembak, dll.
Zon waktuUTC+7 (Waktu Barat Indonesia)
Kod kawasan0732 (Kepahiang, Curup atau Rejang Lebong), 0736 (Bengkulu, Bengkulu Tengah, Seluma), 0737 (Muko-Muko, Bengkulu Utara), 0738 (Lebong), 0739 (Kaur, Bengkulu Selatan)
Pendaftaran kenderaanBD
HDI 0.693 (medium)
Kedudukan HDIKe-11 (2013)
Laman sesawangbengkuluprov.go.id

Bengkulu ialah sebuah provinsi Indonesia yang terletak di pantai barat daya Pulau Sumatera. Ia menyempadani Sumatera Barat di utara, Jambi dan Sumatera Selatan di timur, serta Lampung di selatan. Bengkulu pada suatu ketika merupakan tapak garison British yang dikenali sebagai Bencoolen. Provinsi ini yang merangkumi Pulau Enggano mempunyai 1,405,060 penduduk (banci 2000). Ibu kota dan bandar raya terbesar di provinsi ini ialah bandar raya Bengkulu.

Bengkulu terletak di Sesar Sunda yang cenderung mengalami gempa bumi dan tsunami. Pada bulan Jun 2000, sebuah gempa bumi mengakibatkan kerosakan serta kematian sekurang-kurangnya 100 orang. Pada bulan September 2007 pula, satu siri gempa bumi melanda Bengkulu dan membunuh 13 orang. [1] Suatu laporan yang terkini meramalkan bahawa Bengkulu akan mengalami "risiko pembanjiran pada beberapa dekad yang akan datang, akibat gempa bumi bawah laut yang diramalkan di sepanjang pantai Sumatera"