Bukit Keluang

Bukit Keluang

Bukit Keluang yang terletak di Terengganu, Malaysia. Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang mampu memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Bukit ini terletak di Kuala Besut, Terengganu yang yang jaraknya 4 kilometer dari Pekan Kuala Besut. Daripada puncak bukit Keluang, pengunjung dapat melihat Pulau Perhentian.

Ia juga terletak berhampiran dengan pantai Bukit Keluang, yang merupakan tarikan popular dikalangan penduduk tempatan dan pelawat asing.

Bukit Keluang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan. Ia terbentuk daripada batu granit.