Hutan dipterokarpa atas

Hutan dipterokarpa atas atau hutan dipterokarpa bukit atas ialah kawasan hutan yang terdapat pada ketinggian 750 hingga 1200 meter dari aras laut dan berada di kawasan bukit-bukit tinggi selebihnya di kawasan peranginan contohnya Bukit Fraser. Kawasan hutan dipterokarpa atas ditumbuhi juga oleh sesetengah keluarga Dipterocarpaceae malahan beberapa spesies tumbuhan yang boleh tumbuh di kawasan gunung boleh dijumpai dan tidak dijumpai lebih bawah dari ketinggiannya, contohnya dalam ketinggian 560 meter dari aras laut spesies meranti seraya semakin kurang. Contoh spesies dipterocarpaceae yang boleh dijumpai di kawasan hutan ini ialah meranti bukit, keruing gunung dan meranti sarang punai bukit manakala yang bukan dari keluarga dipterocarpaceae ialah bintangor, damar minyak dan geronggang. Rafflesia juga mampu hidup di kawasan hutan dipterokarpa atas sebagai habitat tumbuhan tersebut.

Contoh kawasan hutan dipterokarpa atas ialah Hutan Simpan Batu Talam, Hutan Simpan Tranum, Hutan Simpan Tekai Tembeling, Hutan Simpan Kluang dan Taman Negeri Selangor.