Bukit

Bukit (Jawi: ‏بوكيت‎‎ ; kata ganda: bukit-bukau بوكيت-بوكاو‎‎) ialah kawasan tanah yang lebih tinggi daripada persekitarannya tetapi lebih kecil, kurang curam dan mudah didaki berbanding gunung. Bukit selalunya mempunyai puncak. Bukit yang agak kecil dipanggil "anak bukit" atau "guar".