Bordetella parapertussis

Bordetella parapertussis
Pertusis Bordetella membiak di agar arang dengan Cephalexin. Terbitan muncul dalam pembiakan 7 hari dalam 10% karbon dioksida; daripada sapuan pernasal pesakit batuk kokol
Pengelasan saintifik
Domain: Bakteria
Filum: Pseudomonadota
Kelas: Betaproteobacteria
Order: Burkholderiales
Keluarga: Alcaligenaceae
Genus: Bordetella
Spesies:
B. parapertussis
Nama binomial
Bordetella parapertussis
(Eldering & Kendrick 1938) Moreno-López 1952

Bordetella parapertussis ialah suatu baketeria negatif Gram kecil dalam genus Bordetella yang menubuhkan koloni di saluran pernafasan mamalia. Batuk kokol terbutan B. parapertussis muncul dengan gejala serupa dengan batuk kokol B. pertussis, tetapi secara amnya kurang teruk jika dibandingkan. Keimunan yang diperoleh melalui B. pertussis tidak dibawa ke B. parapertussis kerana antigen O hanya ada pada B. parapertussis. Antigen ini melindungi B. parapertussis melawan antibodi khusus B. pertussis, menyebabkan bakteria dapat membiak bebas di peparu perumah tanpa diserang antibodi sebelumnya. Dapatan ini mencadangkan bahawa B. parapertussis berevolusi dalam populasi perumah yang telah memperoleh keimunan terhadap B. pertussis, di mana pengelakan daripada B. pertussis menjadi satu kelebihan.

Dua keturunan B. parapertussis telah dihuraikan. Keturunan pertama menjangkiti manusia, dan bertanggungjawab bagi sebilangan kecil batuk kokol. Keturunan kedua pula menyebabkan pneumonia tak progresif kronik dalam biri-biri. Kedua-dua keturunan diandaikan telah berevolusi daripada leluhur seperti B. bronchiseptica. Jangkitan ini boleh bergejala mahupun tidak, dan mungkin mendedahkan perumah terhadap jangkitan sekunder.