Bordetella

Bordetella
Bordetella bronchiseptica berflagelum
Pengelasan saintifik
Domain: Bakteria
Filum: Pseudomonadota
Kelas: Betaproteobacteria
Order: Burkholderiales
Keluarga: Alcaligenaceae
Genus: Bordetella
Moreno-López; 1952
Spesies
  • Bordetella ansorpii
  • Bordetella atropi
  • Bordetella avium
  • Bordetella bronchialis
  • Bordetella bronchiseptica
  • Bordetella flabilis
  • Bordetella hinzii
  • Bordetella holmesii
  • Bordetella muralis
  • Bordetella parapertussis
  • Bordetella pertussis
  • Bordetella petrii
  • Bordetella pseudohinzii
  • Bordetella sputigena
  • Bordetella trematum
  • Bordetella tumbae
  • Bordetella tumulicola

Bordetella ialah genus mikrob kecil (0.2 – 0.7 µm) jenis negatif Gram, kokobasilus daripada filum Pseudomonadota. Spesies Bordetella, kecuali B. petrii adalah aerob wajib, serta sangat "cerewet" atau sukar untuk dikultur. Semua spesies boleh menjangkiti manusia. Tiga spesies pertama yang akan diterangkan (B. pertussis, B. parapertussis, B. bronchiseptica); kadangkala dirujuk sebagai "spesies klasik". Dua daripadanya (B. pertussis dan B. bronchiseptica) juga motil.

Terdapat kira-kira 16 spesies Bordetella berbeza yang berkemungkinan turun dari nenek moyang yang tinggal di dalam tanah dan/atau persekitaran air. B. pertussis dan kadang-kadang B. parapertussis menyebabkan pertusis (batuk kokol) pada manusia, dan beberapa strain B. parapertussis hanya menjangkiti biri-biri. Ia juga telah diketahui menyebabkan bronkitis pada kucing dan bronkopneumonia pada babi.

B. bronchiseptica jarang menjangkiti manusia yang sihat, walaupun penyakit pada pesakit terimunokompromi telah dilaporkan. B. bronchiseptica menyebabkan beberapa penyakit pada mamalia lain, termasuk batuk kenel pada anjing dan rinitis atropik pada babi. Ahli genus yang lain menyebabkan penyakit yang sama pada mamalia lain, dan pada burung (B. hinzii, B. avium).