Gram-negatif

Bakteria gram-negatif ialah bakteria yang tidak mempertahankan zat warna kristal ungu sewaktu proses pewarnaan Gram sehingga berwarna merah apabila diamati dengan mikroskop.

Dalam erti kata lain, bakteria gram-positif berwarna ungu. Perbezaan keduanya berdasarkan kepada perbezaan struktur dinding sel yang berbeza dan dapat dinyatakan oleh prosedur pewarnaan Gram. Prosedur ini ditemui pada tahun 1884 oleh ahli sains Denmark bernama Christian Gram dan merupakan prosedur penting dalam klasifikasi bakteria. Bakteria gram positif seperti Staphylococcus aureus (bakteria patogen yang umum pada manusia) hanya mempunyai membran plasma tunggal yang dikelilingi dinding sel tebal berupa peptidoglikan. Sekitar 90% dari dinding sel tersebut tersusun atas peptidoglikan manakala sisanya berupa molekul lain bernama asid teikhoat. Di sisi lain, bakteria gram negatif (seperti E. coli) memiliki sistem membran berganda di mana membran plasmanya diselimuti oleh membran luar permeabel. Bakteria ini mempunyai dinding sel yang lebih kompleks, berlapis tiga iaitu lapisan luar yang berupa lipoprotein, lapisan tengah berupa lipopolisakarida dan lapisan dalam berupa peptidoglikan.

Banyak spesies bakteria gram-negatif yang bersifat patogen, yang bermaksud mereka berbahaya bagi organisme inang. Sifat patogen ini umumnya berkaitan dengan komponen tertentu pada dinding sel gram-negatif, terutama lapisan lipopolisakarida (dikenali juga dengan LPS atau endotoksin).