Batuk kenel
Batuk kenel ialah jangkitan pernafasan atas yang menjejaskan anjing. Jangkitan ini disebabkan oleh gabungan virus parainfluenza anjing dan bakterium Bordetella bronchiseptica. Jangkitan ini sangat berjangkit. Batuk kenel dinamai sedemikian kerana jangkitan boleh merebak dengan cepat sesama anjing di dalam ruang sempit kenel atau tempat perlindungan haiwan.