Bintang Ae/Be Herbig
| Pembentukan bintang |
|---|
| Kelas objek |
| Konsep teori |
|
Bintang Herbig Ae/Be (HAeBe) ialah bintang jujukan pra-utama – bintang muda (<10 Mthn) jenis spektrum A atau B. Bintang ini masih tertanam dalam sampul debu gas dan kadangkala disertai dengan cakera membulat. Garis pancaran hidrogen dan kalsium dapat diperhatikan dalam spektrumnya. Ia sejenis objek dengan 2-8 jisim suria (M☉), masih wujud dalam peringkat pembentukan bintang (penguncupan graviti) dan menghampiri jujukan utama (iaitu mereka masih belum membakar hidrogen di tengahnya).