Globul Bok
| Globul Bok | |
|---|---|
"Jari Dewa" dalam Carina Nebula | |
| Ciri-ciri | |
| Jenis | Nebula gelap terpencil |
| Lokasi | Rantau HII |
| Julat jisim | 2M☉-50M☉ |
| Komposisi kimia | Molekul hidrogen, karbon oksida, helium, dan habuk silikat |
| Julat saiz | ~1tc |
| Pautan luar | |
| Kategori media | |
| Q213936 | |
| Maklumat tambahan | |
| Ditemui | Bart Bok, 1940-an |
| Pembentukan bintang |
|---|
| Kelas objek |
| Konsep teori |
|
Dalam astronomi, globul Bok (Jawi: نيبولا بوک) ialah nebula gelap terpencil yang agak kecil, mengandungi debu kosmik yang padat dan gas di kawasan pembentukan bintang mungkin berlaku. Globul Bok biasanya ditemui dalam rantau H II, dan biasanya mempunyai jisim kira-kira 2 hingga 50 jisim suria yang terkandung dalam kawasan rentas kira-kira satu tahun cahaya atau lebih (kira-kira 4.5×1047 m3). Ia mengandungi molekul hidrogen (H2), karbon oksida dan helium, dan sekitar 1% (mengikut jisim) debu silikat. Globul Bok lazimnya mengakibatkan pembentukan sistem bintang berganda atau berbilang.