Tokokan (astrofizik)
Dalam astrofizik, tokokan (Jawi: توکوقن; juga akresi, penokokan atau pengakretan) adalah pengumpulan zarah menjadi objek besar oleh graviti yang menarik lebih banyak jirim, biasanya jirim bergas, kepada cakera tokokan. Kebanyakan objek astronomi, seperti galaksi, bintang dan planet, terbentuk oleh proses tokokan.