Cakera sirkumnajam
Cakera sirkumnajam (Jawi: چکرا سيركومنجم; atau cakera lilit-bintang, Jawi: چکرا ليليت بينتڠ) ialah torus, lempeng atau cakera tokokan berbentuk cincin atau gegelang bagi jirim yang terdiri daripada gas, debu, planetesimal, asteroid atau serpihan perlanggaran dalam orbit yang mengelilingi bintang. Di sekeliling bintang termuda, cakera ialah takungan bahan yang boleh membentuk planet. Sekitar bintang matang, cakera menunjukkan bahawa pembentukan planetesimal telah berlaku, dan di sekitar kerdil putih, cakera boleh menunjukkan bahawa bahan-bahan planet terselamat sepanjang evolusi bintang. Cakera sedemikian boleh terzahir dalam pelbagai cara.