Betelgeuse

Betelgeuse, Alpha Ori

Betelgeuse merupakan bintang kiri atas (anak panah merah jambu) dalam petak bintang terang dalam Orion.
Data cerapan
Epok J2000.0      Ekuinoks J2000.0
Buruj Orion
Jarak hamal 05j 55m 10.3053s
Keserongan +07° 24′ 25.426″
Magnitud ketara (V)0.58 (0.3 to 1.2)
Ciri-ciri
Jenis spektrum M2Iab
U−B indeks warna 2.06
B−V indeks warna 1.85
Jenis bolehubah SR c (Semi-regular)
Astrometri
Halaju jejarian (Rv)+21.0 km/s
Gerakan wajar (μ) RA: 24.95 ± 0.08 mas/thn
Dec.: 9.56 ± 0.15 mas/thn
Paralaks (π)5.07 mas
Magnitud mutlak (MV)−5.14
Perincian
Jisim20 M
Jejari950-1000 R
Kekilauan135,000 L
Graviti permukaan (log g)-0.5 cgs
Suhu3,500 K
Putaran17 tahun(14.6 km/s)
Umur1.0 × 107 tahun
Penamaan lain
Alpha Orionis, 58 Ori, HR 2061, BD+7°1055, HD 39801, SAO 113271, FK5 224, HIP 27989.

Betelgeuse (disebut /ˈbiːtəldʒuːz/ or /ˈbɛtəldʒuːz/[ Jawi: بيتيلجوس) atau Alpha Orionis (α Ori atau α Orionis) merupakan bintang pemboleh ubah separa biasa yang berada 600 tahun cahaya dari Bumi. Bintang ini merupakan bintang kedua tercerah dalam buruj Belantik dan bintang kesembilan tercerah di langit malam. Walaupun Betelgeuse mempunyai penamaan Bayer alfa, Rigel (Beta Orionis) lazimnya lebih cerah (Betelgeuse adalah bintang pemboleh ubah dan kadang kala lebih cerah dari Rigel). Bintang ini membonjol pada asterisme Segitiga Musim Sejuk. Ahli astronomi percaya yang Betelgeuse hanya berusia beberapa juta tahun tetapi berusia dengan lebih cepat keran jisimnya yang tinggi.

Betelgeuse merupakan super gergasi merah dan secara relatifnya berkilauan dan salah satu bintang terbesar yang diketahui. Bagi perbandingan, jika bintang tersebut berada di pusat sistem suria, permukaannya mungkin merentangi hingga antara orbit Marikh dan Musytari, dengan keseluruhannya menelan Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh. Diameter sudut bagi Betelgeuse kali pertama diukur pada 1920–1921 oleh Albert Abraham Michelson dan Francis G. Pease dengan menggunakan interferometer astronomi pada teleskop 100 inci di Balai Cerap Gunung Wilson.