Kekilauan suria

Kekilauan suria (Jawi: ككيلاوان سوريا; L) ialah unit fluks sinaran (kuasa yang dipancarkan dalam bentuk foton) yang digunakan secara konvensional oleh ahli astronomi untuk mengukur kekilauan bintang, galaksi dan objek angkasa lain dari segi keluaran Matahari.

Satu kilauan suria nominal ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa ialah 3.828×1026 W. Matahari ialah bintang berubah lemah, dan oleh itu kekilauannya yang sebenar berubah-ubah. Turun naik utamanya ialah kitaran suria sebelas tahun (kitaran tompok matahari) yang menyebabkan variasi kuasi-berkala kira-kira ±0.1%. Variasi lain dalam tempoh 200–300 tahun yang lalu dianggap lebih kecil daripada ini.