Beruang perang
| Beruang Perang Julat zaman: Akhir Pleistosen – Kini
| |
|---|---|
| Seekor beruang Kodiak (U. arctos middendorffi) di Taman Negara Katmai, Alaska | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Genus: | Ursus
|
| Spesies: | U. arctos
|
| Nama binomial | |
| Ursus arctos Linnaeus, 1758
| |
| Peta taburan Ursus arctos. | |
Beruang perang (Ursus arctos) ialah sejenis beruang besar yang bertaburan di seluruh Eurasia dan Amerika Utara. Beruang ini beratnya 100 hingga 680 kilogram (220 hingga 1,500 lb) dan subspesies terbesarnya, iaitu Beruang Kodiak, menandingi beruang kutub sebagai ahli terbesar dalam famili beruang, dan juga pemangsa daratan yang terbesar.
Walaupun taburannya semakin berkurangan hinggakan mengalami kepupusan di beberapa tempat, namun beruang perang tetap disenaraikan sebagai spesies sedikit bimbang oleh IUCN, dengan kira-kira 200,000 ekor jumlahnya yang masih ada. Taburan beruang perang tertumpu di Rusia, Amerika Syarikat (khususnya Alaska), Kanada, kawasan Karpatos (khususnya Romania), dan Finland yang menjadikannya haiwan kebangsaan.