Beruang kutub
| Beruang kutub | |
|---|---|
| Beruang betina berdekatan Kaktovik, Pulau Barter, Alaska, AS | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mammalia |
| Order: | Carnivora |
| Suborder: | Caniformia |
| Keluarga: | Ursidae |
| Genus: | Ursus |
| Spesies: | U. maritimus
|
| Nama binomial | |
| Ursus maritimus Phipps, 1774
| |
| Subspesies | |
| |
| Taburan habitat beruang kutub | |
| Sinonim | |
|
Ursus eogroenlandicus | |
Beruang kutub (nama saintifik: Ursus maritimus) ialah sejenis beruang yang terdapat di kawasan Artik pesisiran Lautan Artik dan sekitarnya. Ia adalah haiwan mamalia karnivora daratan terbesar dan spesies beruang terbesar. Ia mendiami kawasan pantai berais dan air batu laut; ia memburu haiwan-haiwan laut sebagai sumber makanannya.
Ia spesies yang terjejas akibat kehilangan habitat yang dijangka disebabkan perubahan iklim, sekurang-kurangnya tiga daripada sembilan belas sub-populasi beruang kutub kini merosot. Selama beberapa dekad, pemburuan besar-besaran menimbulkan kebimbangan antarabangsa untuk masa depan spesies, tetapi populasi meningkat semula selepas kawalan dan kuota mula berkuat kuasa. Selama beribu-ribu tahun, beruang kutub telah memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan budaya orang-orang asli yang duduk dalam rantau Artik.