Beri

Takrifan botani bagi beri (bacca) adalah jenis buah yang berisi, serta banyak berbiji halus. Buah ini dihasilkan daripada ovari tunggal di pangkal bahagian betina bunga yang disenyawakan; keseluruhan dinding ovari bunga apabila masak menjadi kulit buah yang nipis, lembut dan boleh dimakan. Carl Linnaeus menggambarkan buah jenis beri mempunyai kulit yang tidak dibahagikan (pericarpium farctum evalve) dan biji-biji benihnya tidak berkulit (semina ceteroquin nuda continens).

Kebanyakkan buah beri seperti tomato dan anggur boleh dimakan. Walau bagaimanapun, sesetengah daripadanya adalah beracun kepada manusia seperti kentang jenis Solanum tuberosum.

Ada juga buah yang dirujuk sebagai beri, tetapi bukan beri "sebenar" dalam istilah botani. Mereka sebaliknya merupakan: