Zaitun

Zaitun
Olea europaea, Laut Mati, Jordan
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Asterids
Order:
Keluarga:
Genus:
Olea
Spesies:
O. europaea
Nama binomial
Olea europaea

Zaitun (Jawi: زيتون , nama saintifik: Olea europaea) ialah sejenis spesies tumbuhan, malah juga spesies jenis, dalam genus Olea keluarga Oleaceae bertaburan asal di lembangan sekitar Laut Mediterranean. Ia ditanam untuk mendapatkan buahnya yang dimanfaatkan baik sebagai ramuan makanan mahupun sebagai sumber mendapatkan minyak perahan tersendiri; penanaman pokoknya diusahakan di semua negara rantau Mediterranean serta di kawasan-kawasan yang beriklim mirip seperti benua Amerika Utara malah juga di Hemisfera Selatan yakni Amerika Selatan, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.

Zaitun merupakan spesies tumbuhan paling tertua diusahakan di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman Mesir purba. Buah zaitun yang paling baik kualitinya dihasilkan di Yunani. Walau bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan negara pengeluar minyak zaitun terbesar.