Bella Dally

Bella Dally
Kelahiran
Nabilah binti Ali Dally

(1991-09-27) 27 September 1991
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2009–kini
Pasangan
  • Nazim Othman (k. 2016; c. 2018)
  • Ariff Izuddin Mohd Radzali (k. 2019)
Ibu bapa
  • Ali Dally Abdul Wahab Dally (bapa)
  • Weana Quadra (ibu)
SaudaraAffendy Ali Dally (abang)

Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally (Jawi: نبيلة بنت علي دلي; lahir 27 September 1991) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Bakat beliau dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama pada 2009, dan sejak itu beliau telah berlakon dalam beberapa drama TV, filem dan telefilem.