Nazim Othman
Nazim Othman | |
|---|---|
| Kelahiran | Nushrul Alif bin Othman 16 September 1984 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, penyanyi |
| Tahun aktif |
|
| Pasangan | Bella Dally (k. 2016; c. 2018) |
Nushrul Alif Othman (lahir 16 September 1984) lebih dikenali sebagai Nazim Othman merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau pertama kali muncul dalam drama Frontpage pada 2008. Memulakan kerjaya awal sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia, beliau popular dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar. Dengan kerjaya lakonannya yang menjangkaui 15 tahun, Nazim diketahui banyak menumpukan perhatian kepada drama TV dan tidak memilih untuk berlakon dalam filem cereka.