Batagor

Batagor
Nama alternatifBakso Tahu Goreng
JenisMakanan, hidangan ikan 
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauJawa Timur dan seluruh Nusantara.
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaLadu ikan goreng, tauhu dan sayur-sayuran dengan dihidangkan dengan kuah kacang
Bahan yang biasa digunakanIkan, bawang merah, bawang putih, Lada, tauhu, tepung, telur, minyak bijan, garam, gula, bawang 
Keragaman/variasiSiomai
sunting ยท sunting di Wikidata

Batagor (singkatan dari dari Bakso, Tauhu Goreng adalah hidangan Sunda dari Indonesia, dan popular di Asia Tenggara, yang terdiri daripada ladu ikan goreng, biasanya disajikan dengan kuah kacang. Secara tradisional, batagor dibuat daripada daging ikan tenggiri cincang (wahoo). Walau bagaimanapun, jenis makanan laut lain seperti ikan tuna, ikan makarel, dan udang juga dapat digunakan. Pati ikan, kemudian dimasukkan ke dalam kulit wonton atau diisi tauhu, dan kemudian digoreng dengan minyak kelapa sawit.

Secara umum, batagor disajikan dengan tauhu goreng dan otak-otak. Komponen batagor ini dipotong menjadi potongan kecil dan dihiasi dengan kuah kacang, kicap manis, sambal dan jus limau purut sebagai pelengkap rasa. Batagor umumnya mempunyai tekstur yang rangup.