Ban Ki-moon
Ban Ki-moon 반기문 潘基文 | |
|---|---|
| Setiausaha Agung PBB ke-8 | |
| Dalam jawatan 1 Januari 2007 – 31 Disember 2016 | |
| Timbalan | Asha-Rose Migiro |
| Didahului oleh | Kofi Annan |
| Digantikan oleh | António Guterres |
| Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Luar Negeri Korea Selatan ke-33 | |
| Dalam jawatan 17 Januari 2004 – 10 November 2006 | |
| Presiden | Roh Moo-hyun |
| Perdana Menteri | Goh Kun Lee Hae Chan Han Duck-soo Han Myeong-sook |
| Didahului oleh | Yoon Young Kwan |
| Digantikan oleh | Song Min-soon |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 13 Jun 1944 Eumseong, Chungcheongbuk-do, Korea Jepun |
| Kewarganegaraan | Korea Selatan |
| Pasangan | Yoo Soon-taek |
| Tandatangan | |
| Nama Korea | |
| Hangul | 반기문 |
|---|---|
| Hanja | 潘基文 |
| Perumian Semakan | Ban Gimun |
| McCune–Reischauer | Pan Kimun |
| sebutan bahasa Korea: [panɡimun] | |
Ban Ki-moon (Korea: 반기문, Hanja: 潘基文; lahir 13 Jun 1944) adalah Setiausaha Agung PBB kini. Sebelum itu beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Luar Negeri Republik Korea Selatan antara Januari 2004 dan November 2006. Sebelum itu pula beliau merupakan seorang diplomat.
Pada 13 Oktober 2006 dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PBB yang kelapan oleh Perhimpunan Agung PBB menggantikan Kofi Annan. Dia mengangkat sumpah pada 14 Disember 2006 dan mula bertugas secara rasmi pada 1 Januari 2007.
Pada 21 Jun 2011, Ban dilantik untuk penggal kedua sebagai Setiausaha Agung selepas dipersetujui sebulat suara oleh Perhimpunan Agung PBB, dan akan terus berkhidmat sehingga 31 Disember 2016.