Roh Moo-hyun

Roh Moo-hyun
노무현
Potret rasmi, 2003
Dalam jawatan
25 Februari 2003 – 24 Februari 2008
Perdana MenteriGoh Kun
Lee Hae Chan
Han Myung-sook
Han Duck-soo
Didahului olehKim Dae-jung
Digantikan olehLee Myung-bak
Maklumat peribadi
Lahir(1946-09-01)1 September 1946
Gimhae, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan
Meninggal dunia23 Mei 2009(2009-05-23) (umur 62)
Yangsan, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan
Cause of deathBunuh diri
Parti politikParti Uri (2003-2007)
Parti Demokratik Milenia (1997-2003)
Parti Demokratik(1990-1997)
Parti Demokratik Bersatu(1988-1990)
PasanganKwon Yang-sook
Roh Moo-hyun
Hangul
노무현
Hanja
Perumian SemakanNo Muhyeon
McCune–ReischauerNo Mu-hyŏn

Roh Moo-hyun (IPA: [nomuʝʌn]; (1 September 1946 – 23 Mei 2009) merupakan ahli politik Korea Selatan yang berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatan ke-9 dari 2003 hingga 2008. Sebelum menyertai politik, beliau berkhidmat sebagai peguam hak asasi manusia.

Kerjaya politik Roh sebelum menjadi presiden bertumpukan perjuangan hak asasi manusia untuk bersama golongan siswa di Korea Selatan. Di ambang kuasa, beliau memberi tumpuan pula kepada menentang regionalisme dalam politik Korea Selatan, yang sekaligus membawa kepada jawatan presiden. Pemilihan beliau banyak dipengaruhi oleh para aktivis di Internet, kali pertama Internet menjadi medan pengaruh pilihan raya Korea.

Pelantikan Roh sebagai presiden menjadi peristiwa penting kerana menandakan penguasaan generasi baru bergelar Generasi 386, (golongan berusia 30-an apabila gelaran tersebut dicipta, pernah masuk universiti pada zaman 1980-an, dan lahir di zaman 1960-an) dalam persada politik Korea Selatan. Generasi ini pernah menimba pengalaman dalam tunjuk perasaan golongan siswa menentang pemerintahan autoritarian, serta mendukung pendirian nasionalis yang tegas terhadap Amerika Syarikat dan Jepun, serta pendekatan berdamai dengan Korea Utara. Ramai golongan ini yang menyertai pentadbiran Roh.

Walaupun mulanya ditaruh harapan tinggi, namun kepimpinan Roh diselubungi tuduhan kekurangan kecekapan, diburukkan lagi dengan keasyikan Roh berbalah dengan lawan-lawannya yang turut menjejaskan sokongan awam. Konflik demi konflik terus meyelubungi penggalnya selaku presiden, yang disifatkan oleh pergolakan buruh tanpa henti, perbalahan peribadi dengan media, dan ketegangan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan Jepun. Kebanyakan kempen politik Roh yang kelihatan semberono, termasuk rancangan memindahkan ibu negara, dan rancangan membentuk parti campuran dengan pembangkang turut disambut hambar.

14 bulan selepas meletak jawatan, Roh terjerumus dalam skandal rasuah. Skandal ini, serta kerebahan ahli politik "paksi Pro-Roh", kejatuhan Parti Uri dan ketumpasan pewarisnya iaitu Parti Demokratik di Perhimpunan Kebangsaan, dan kekalahan calon pewaris Roh di pilihan raya presiden, menandakan kejatuhan Generasi 386 yang pernah menjulang nama Roh.

Roh membunuh diri pada 23 Mei 2009 dengan menerjun dari cerun gunung, selepas meninggalkan pesanan akhir. Kejadian tersebut disahkan oleh pihak polis.