Singgeris

Singgeris
KawasanSingapura
Penutur bahasa
227,000 penutur bahasa utama, lebih daripada 3 juta sebagai bahasa kedua (1985)
Creole Bahasa Inggeris
  • Singgeris
Kod bahasa
ISO 639-3
Kehidupan di
Singapura
Agama
Bahasa
Bahasa Singlish
Demografi
Ekonomi
Filem
Hari Kelepasan
Kebudayaan
Kehomoseksualan
Kesusasteraan
Muzik
Pendidikan
Pengangkutan
Politik
Sukan
Tarian


Singgeris, lebih dikenali sebagai Singlish (kata lakur dari "Singapore" dan "English") merupakan sebuah bahasa kreol berdasarkan Bahasa Inggeris di Singapura. Bahasa ini merupakan bahasa pertama bagi ramai pemuda-pemudi Singapura.

Sungguhpun bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa rasmi Inggeris, Singlish biasanya dianggap sebagai memiliki kelas bawahan. Kerajaan Singapura sangat tidak menggalakan penggunaan Singlish daripada Bahasa Inggeris Piawai Singapura supaya orang Singapura boleh bertutur dengan penutur Bahasa Inggeris yang lain di dunia. Kerajaan menjalankan Gerakan Bercakap Bahasa Inggeris Baik (Speak Good English Movement) untuk menitikberatkan usaha ini. Bagaimanapun, pengabaian rasmi dan penapisan berterusan sebaliknya diimbangi oleh penampilan lain dalam media aliran utama, termasuk penggunaan meluas oleh orang ramai dalam wawancara di jalanan disiarkan di TV dan radio secara harian, termasuk juga penggunaan sekali-sekala di akhbar.

Kosa kata Singlish terdiri daripada perkataan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, dan sedikit daripada bahasa-bahasa Indik serta bahasa-bahasa Sinitik. Selain itu, slanga Amerika dan slanga Australia juga masuk melalui siri televisyen.

Singlish berkaitan rapat dengan Manglish di Malaysia yang bersebelahan.