Manggeris

Manggeris
Manglish; Bahasa Inggeris Rojak Malaysia
KawasanMalaysia
bahasa kreol berdasarkan bahasa Inggeris
  • Manggeris
Kod bahasa
ISO 639-3tiada
Glottologtiada
IETFcpe-MY

Manggeris, lebih dikenali secara umum dalam bahasa Inggeris sebagai Manglish yang merupakan kata lakuran dari perkataan Malaysian dan English, merupakan sebuah bahasa kreol atau percakapan patois yang menggunakan kerangka asas Bahasa Inggeris, tetapi menyerap pelbagai jenis kosa kata dari pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Hokkien, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Kantonis dan lain-lain, yang merupakan cerminan interaksi antara kaum di Malaysia. Ia berbeza daripada bahasa Melayu rojak kerana bahasa dasarnya ialah bahasa Inggeris, dan penuturnya tidak dapat dipastikan boleh berbicara (fasih) dalam bahasa Melayu.