Demografi Singapura

Demografi Singapura
Piramid penduduk Singapura setakat 2020
Kedinamikan
Jumlah penduduk5.92 juta
Kadar kematian 2.2/1,000 penduduk (2023)
Jangka hayat 83.0 tahun (2022)
 – lelaki 80.7 tahun (2022)
 – perempuan 85.2 tahun (2022)
Kadar kesuburan 0.97 (2023)
Bangsa
Etnik majoritiCina
Etnik minoritiMelayu, India, Serani
Bahasa
RasmiMelayu, Inggeris, Mandarin, Tamil
DituturkanMelayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Singlish dan lain-lain
Catatan kaki
sunting · sunting di Wikidata

Menurut Jabatan Perangkaan Singapura, negara ini merekodkan jumlah penduduk seramai 5.92 juta orang setakat Jun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 5% berbanding Jun tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, 3.61 juta daripadanya merupakan warganegara, 1.77 juta orang bukan warganegara dan 540 ribu lagi merupakan penduduk tetap. Kumpulan bukan warganegara ini secara majoritinya merupakan para pekerja hijrahan tanpa hak politik yang dikecualikan daripada perangkaan demografi yang rasmi.