Bahasa Melayu Sabah
| Bahasa Melayu Sabah | |
|---|---|
| Bahasa Sabah, Cakap Sabah | |
| Asli kepada | Malaysia Filipina Indonesia |
| Kawasan | Sabah, Labuan, Sulu, Palawan selatan Kalimantan Utara |
| Etnik | Kadazan-Dusun, Murut, Bajau, Orang Sungai, Suluk, Melayu Brunei, Kedayan, Melayu Cocos, Lundayeh, Iranun, Rungus, Cina, dsb. |
Bahasa Melayu dagang dan kreol | |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | msi |
Bahasa Sabah atau Bahasa Melayu Sabah merupakan salah satu varian atau ragam bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di pulau Borneo. Varian dialek ini memiliki ciri-ciri tersendiri yang membezakannya daripada Bahasa Melayu piawai, terutamanya dalam penggunaan perkataan, sebutan, dan cara penyampaian dalam komunikasi harian.
Gaya bahasa yang dituturkan dalam wilayah tersebut sendiri boleh membezakan hasil pengaruh bahasa-bahasa tempatan:
- Bahasa Sabah di kawasan Papar, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang serta di Wilayah Persekutuan Labuan banyak dipengaruhi oleh Bahasa Brunei.
- Bahasa Sabah di Pantai Timur Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Kalabakan, Tawau, Kunak dan Semporna) pula mendapat pengaruh daripada Bahasa Suluk, Bahasa Tagalog dan Bahasa Indonesia yang dituturkan masyarakat Indonesia yang berjiranan sepulau di Kalimantan.
- Daerah-daerah seperti Ranau, Tenom, Keningau, Tambunan, Kota Belud, Pitas, Tuaran, Kota Marudu, Telupid, Penampang, Kudat, Tongod, Beluran dan sebagainya banyak dipengaruhi oleh bahasa Dusunik (termasuk Bahasa Kadazandusun)/Paitanik/Murutik) dengan campuran sedikit pengaruh daripadaBahasa Indonesia seta Bahasa Tagalog.
Perbezaan-perbezaan ini adalah daripada (contohnya, Bahasa Kadazan, Bahasa Bajau, Bahasa Dusun, Bahasa Suluk, Bahasa Rungus dan Bahasa Murut) dan bahasa-bahasa negara jiran (Bahasa Brunei, Bahasa Suluk, Bahasa Tagalog dan Bahasa Indonesia). Sebagai contoh, ketiga-tiga sub-varian turut mempraktikkan akhiran sama iaitu menggunakan akhiran baku "/a/" berbanding akhiran "/ə/"(e pepet atau schwa) pada perkataan berakhiran vokal "a" seperti mana cara penyebutan kebanyakan orang di Semenanjung Malaysia.