Orang Iranun

Iranun
Ilustrasi abad ke-19 tentang lanun Iranun.
Kawasan ramai penduduk
 Filipina 333,454 (2020)
(Bangsamoro, Soccsksargen, Mindanao Utara, Semenanjung Zamboanga, Manila, Cebu)
 Malaysia 20,000–30,000 (2006)
(Sabah)
Bahasa
Asli
Iranun
Juga
Maguindanaon  • Maranao • Cebuano • Chavacano • Filipina • Inggeris Filipina (Iranun Filipina)
 • Bahasa Melayu Sabah • Bahasa Malaysia • Inggeris Malaysia (Iranun Malaysia)
Agama
Islam Sunni
Kumpulan etnik berkaitan
Maranao, Maguindanaon,
Sama-Bajau, Orang Moro lain, Orang Austronesia lain

Orang Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Mereka mempunyai hubungan etnik dan budaya yang rapat dengan orang Maranao dan Maguindanaon, di mana ketiga-tiga kumpulan ini dikenali sebagai penutur bahasa Danao dan turut memberikan nama kepada pulau Mindanao. Kaum Iranun secara tradisional merupakan pelaut dan terkenal dengan kemahiran mereka dalam pembinaan kapal.