Bahasa Melayu Johor-Riau
| Bahasa Johor-Riau بهاس جوهر-رياو | |
|---|---|
| Sebutan | [ba.ha.sə- mə.la.ju dʒo.ho.-ri.au] |
| Asli kepada | Malaysia, Indonesia, Singapura |
| Kawasan | Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Singapura,Kepulauan Riau, Kepulauan Anambas dan Kepulauan Natuna |
| Etnik | Orang Melayu Malaysia, Orang Melayu Singapura dan Orang Melayu Riau |
Austronesia
| |
Bentuk awal | |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | – |
Bahasa Johor-Riau (Jawi: بهاس جوهر-رياو) merupakan Bahasa Melayu yang dipertuturkan selepas era Kesultanan Melaka, Ia digunakan ketika peralihan Kesultanan Johor lama iaitu kawasan Johor-Pahang-Riau-Lingga. Bahasa ini merupakan Bahasa Melayu Piawai lama dan menggunakan tulisan jawi dan rumi tetapi menggunakan intonasi dialek Johor-Riau. Bahasa ini dipertuturkan oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Temasik, Kepulauan Riau, Kepulauan Lingga , Riau dan sebahagian Sumatera Selatan.
Bahasa Johor-Riau pada awalnya kesinambungan daripada Bahasa Melayu Klasik kemudian menjadi Bahasa Johor-Riau. Bahasa Johor-Riau merupakan bahasa piawai lama kemudian berkembang menjadi Bahasa Melayu Piawai baharu seperti Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia. Pada akhirnya bahasa ini menghasilkan pelbagai dialek iaitu dialek-dialek Johor-Riau seperti Bahasa Melayu Johor,Bahasa Melayu Riau, Bahasa Melayu Melaka, Bahasa Melayu Perak, Bahasa Melayu Selangor dan dialek yang berada di dalam kawasan Kesultanan Johor lama. Selepas negara Malaysia dan Indonesia wujud, Bahasa Johor-Riau dan Bahasa Melayu terus berkembang menjadi Bahasa Melayu Piawai, manakala dialek Bahasa Melayu Riau berkembang menjadi Bahasa Melayu Standard Riau kemudian diubah suai menjadi Bahasa Indonesia.