Aznel Ibrahim

Aznel Ibrahim
DPMP (Perak); AMN
Ahli Dewan Negeri Perak
bagi Pengkalan Hulu
Dalam jawatan
10 April 2013 – 17 Oktober 2022
Didahului oleh Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
Digantikan oleh Mohamad Amin Roslan
Majoriti2,375 (PRU-14)
3,361 (PRU-13)
Setiausaha Politik
Menteri Besar Perak
Dalam jawatan
12 Oktober 2020 – 3 Disember 2020
Menteri BesarAhmad Faizal Azumu
Didahului olehIskandar Dzulkarnain Abdul Khalid
Maklumat peribadi
Lahir (1963-02-10) 10 Februari 1963
Perak, Malaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PekerjaanAhli politik

Dato' Haji Aznel Haji Ibrahim (lahir 10 Februari 1963) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Pengkalan Hulu selama dua penggal (2013-2022).

Dato' Haji Aznel Ibrahim merupakan ADUN Pengkalan Hulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang baharu pada 12 Oktober 2020.

Aznel juga adalah pemangku Ketua UMNO Bahagian Gerik, Perak telah menjadi ADUN Pengkalan Hulu sejak tahun 2013.

Pada PRU14,  Aznel Ibrahim daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 5,716 undian ketika menentang Mohd Hamidi Ismail daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 3,341 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,375.


Kerjaya:

  • Setiausaha Politik Menteri Besar Perak pada 12 Oktober 2020
  • ADUN Pengkalan Hulu (2013-kini)

Lantikan Ahli Lembaga dan pengerusi:

  • Pengerusi Ladang Jalong Sdn Bhd
  • Ahli Lembaga Eksekutif Perak Investment Management Centre

Jawatan dalam politik:

  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik (2013-kini)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Gerik (2008)
  • Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Gerik (1999)
  • Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bagaian Gerik (1990)
  • Ketua Cawangan UMNO

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Penaung Rumah Anak Yatim Al Taqwa Pengkalan Hulu
  • Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran Wattarbiyyatul Islamiah, Pulai, Baling, Kedah
  • Penasihat Persatuan Seni Silat Bangau Putih Pengkalan Hulu
  • Penasihat Majlis Belia Daerah Pengkalan Hulu
  • Bapa Angkat Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu

Pendidikan:

  • Master Eksekutif Pentadbiran Perniagaan
  • Diploma Eksekutif Pentadbiran Perniagaan
  • Sijil Pelajaran Malaysia
  • Sekolah Menengah Teknik Alor Setar
  • Sekolah Menengah Tun Saban
  • Sekolah Kebangsaan Kroh, Pengkalan Hulu