Ayam masak merah

Ayam masak merah
Nasi putih dengan ayam masak merah dan sayur tumis.
JenisHidangan ayam 
Jenis sajianhidangan utama
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauMalaysia
Dicipta olehJohor
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaAyam (potong dan goreng), cili, bawang putih, halia, bawang merah,bunga cengkih, buah pelaga, puri tomato
Keragaman/variasiAyam masak sambal, Ayam masak serai ,Ayam masak ros,Ayam masak sos,
sunting · sunting di Wikidata

Ayam masak merah (Jawi: ايم ماسق ميره) ialah hidangan tradisional Malaysia.Ia adalah kaserol ketulan ayam dalam kuah tomato. Potongan ayam terlebih dahulu digoreng hingga keemasan kemudian perlahan-lahan dimasak dalam kuah tomato pedas. Kacang pea atau gajus kadang-kadang ditambah ke dalam hidangan, dan dihiasi dengan daun ketumbar. Ia sering dipasangkan dengan nasi tomato iaitu beras yang dimasak dengan sos atau pes tomato, susu, rempah kering, dan bawang putih, bawang dan halia.

Hidangan ini biasa didapati ketika majlis keramaian seperti kenduri kahwin, rumah terbuka atau jamuan kejiranan.