Gajus

Gajus
Buah gajus yang sudah sedia untuk dituai.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Anacardiaceae
Genus:
Anacardium
Spesies:
A. occidentale
Nama binomial
Anacardium occidentale

Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, ketereh, bunga kesasar, atau jambu terung adalah sejenis pokok berbuah. Dikenali sebagai buah janggus di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Kedah, Perlis & Pulau Pinang. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae.

Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam masyarakat peribumi sana untuk mendapatkan bijinya. Buah ini kemudian tersebar ke Dunia Lama melalui penjelajahan orang Portugis dari kawasan tersebut ke Goa sekitar tahun 1560-an, dari situlah ia tersebar ke Asia Tenggara dan Afrika.