Awan Dania

Awan Dania
Kad tajuk musim ketiga.
GenreDrama komedi romantik
Ditulis olehSofia J. Rhyland
(musim 1 - musim 3)
PengarahAzizi Chunk Adnan (musim 1-2)
Dinesh Samby (musim 3)
Dibintangi oleh
Scha Al-Yahya (Musim 1 - 3)
Jehan Miskin (Musim 2 - 3)
Gambit Saifullah (Musim 3)
Lagu pembukaan"Terbang Ke Awan", Atilia Haron
(Musim 1 - 2)
"Ilusi", Adira (Musim 3)
Lagu penutup"Terbang Ke Awan", Atilia Haron
(Musim 1 - 2)
"Ilusi", Adira
(Musim 3)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod78
Penerbitan
Penerbit eksekutifJamal Hj. Ismail
Navamogan Munian
Kevin Patrick
Brijesh Tanna
Namanzee Harris
PenerbitRaam Punjabi
SinematografiIesham Ramjan
Kamarul Arif
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Nusantara Seni Karya
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal20 Oktober 2008 – 26 Mei 2011

Awan Dania merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2008 yang berkisarkan seorang gadis tomboi bernama Dania yang ingin menjadi pramugari. Drama ini dibintangi oleh Scha Al-Yahya sebagai Dania dan diarahkan oleh Azizi “Chunk” Adnan dan disiarkan dari 20 Oktober 2008 hingga 26 Mei 2011, setiap Isnin jam 9 malam (pernah ditukarkan waktunya kepada 9.30 malam) di Astro Ria saluran 104 dengan lagu tema yang berjudul "Terbang Ke Awan", nyanyian Atilia Haron yang kemudiannya diganti dengan lagu "Ilusi" oleh Adira mulai musim ketiga.