Adira Suhaimi

Adira Suhaimi
Kelahiran
Siti Adira binti Suhaimi

(1991-09-19) 19 September 1991
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2010–kini
PasanganDatuk Red (k. 2015; c. 2024)
Anak-anak4
SaudaraEmma Suhaimi

Siti Adira Suhaimi (lahir 19 September 1991) ialah seorang bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Ranau, Sabah. Gadis ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Adira beraksi di pentas akhir Akademi Fantasia Musim 8 dan seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara musim tersebut.