Artaxerxes II
| Artaxerxes II 𐎠𐎼𐎫𐎧𐏁𐏂 | |
|---|---|
Ukiran Batu Artaxerxes II di Persepolis | |
| Raja segala Raja Empayar Hakhamaniyah | |
| Pemerintahan | 405/4–359/8 SM |
| Didahului oleh | Darius II |
| Diikuti oleh | Artaxerxes III |
| Keputeraan | Arses s. 436 SM (atau 453 atau 445 SM) |
| Kemangkatan | November 359 – April 358 SM |
| Pemakaman | Persepolis |
| Pasangan | Stateira |
| Anakanda antara lain |
|
| Wangsa | Hakhamaniyah |
| Ayahanda | Darius II |
| Bonda | Parysatis |
| Agama | Majusi |
Arses (Yunani Purba: Ἄρσης; s. 445 – 359/8 SM; Jawi: ارسيس), dikenali dengan nama memerintahnya Artaxerxes II (Parsi Kuno: 𐎠𐎼𐎫𐎧𐏁𐏂 Artaxšaçāʰ; Yunani Purba: Ἀρταξέρξης; Jawi: ارتازرکسيس), merupakan Raja segala Raja Empayar Hakhamaniyah dari 405/4 SM hingga 358 SM. Baginda ialah anak dan pengganti Darius II (r. 423 – 405/4 SM) dan ibunya ialah Parysatis.
Tidak lama selepas naik takhta, Artaxerxes II menghadapi tentangan daripada adiknya Cyrus Si Muda, yang mengumpulkan tentera dari satrapi Lydia dan Ionia serta tentera upahan Yunani dalam usahanya merebut takhta. Pasukan kedua-dua beradik bertempur di Cunaxa pada 401 SM, yang mengakibatkan kekalahan dan kematian Cyrus. Berikutan hal ini, Artaxerxes II terpaksa menghadapi beberapa pemberontakan lain; pemberontakan oleh Evagoras I (r. 411–374 SM) di Cyprus antara 391–380 SM, oleh orang Phoenicia sekitar s. 380 SM, dan yang paling utama, pemberontakan oleh satrap barat (dikenali sebagai Pemberontakan Pemberontakan Satrap-Satrap Besar) pada 360-an dan 350-an SM, diketuai oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Datames, Ariobarzanes, dan Autophradates.
Pemerintah Empayar Parthia khususnya menganggap Artaxerxes II sebagai nenek moyang mereka.