Bahasa Yunani Purba

bahasa Yunani Purba
bahasa Hellenik Purba
Rekonstruksi bahasa-bahasa Hellenik / dialek-dialek Yunani Kuno
RantauSemenanjung Balkan Selatan
Zaman
  • s. 2200–1900 SM (wujud di semenanjung Yunani)
  • s. 1700 SM (percambahan bahasa)

Bahasa Yunani Purba (juga dikenali sebagai bahasa Hellenik Purba) ialah bahasa Indo-Eropah yang merupakan leluhur terakhir semua kelainan bahasa Yunani, termasuk bahasa Yunani Mikenai, dialek-dialek Yunani purba lanjutannya (yakni, dialek Attika, dialek Ionia, dialek Aeolis, dialek Doris, dialek Arkadosiprus, serta bahasa Makedonia Kuno —sama ada dialek atau bahasa Hellenik yang berkait rapat) dan akhirnya, bahasa Yunani Koine, bahasa Yunani Byzantium dan bahasa Yunani Moden (berserta segala kelainannya). Penutur bahasa Yunani Purba mencecah kawasan Yunani di antara 2200 dan 1900 SM, dengan percambahan bahasa menjadi kumpulan selatan dan kumpulan utara bermula kira-kira 1700 SM.