Artaxerxes III
| Artaxerxes III 𐎠𐎼𐎫𐎧𐏁𐏂 | |
|---|---|
Ukiran Batu Artaxerxes III di Persepolis | |
| Raja segala Raja Empayar Hakhamaniyah | |
| Pemerintahan | 359/8–338 SM |
| Didahului oleh | Artaxerxes II |
| Diikuti oleh | Arses |
| Firaun Mesir | |
| Pemerintahan | 340/39–338 SM |
| Didahului oleh | Nectanebo II |
| Diikuti oleh | Arses |
| Keputeraan | Ochus |
| Kemangkatan | Ogos/September 338 SM |
| Pemakaman | Persepolis |
| Anakanda |
|
| Wangsa | Hakhamaniyah |
| Ayahanda | Artaxerxes II |
| Bonda | Stateira |
| Agama | Majusi |
Ochus (Yunani Purba: Ὦχος; Jawi: اوخوس), dikenali dengan nama dinastinya Artaxerxes III (Parsi Kuno: 𐎠𐎼𐎫𐎧𐏁𐏂𐎠 Artaxšaçāʰ; Yunani Purba: Ἀρταξέρξης; Jawi: ارتازرکسيس), merupakan Raja segala Raja Empayar Hakhamaniyah dari 359/58 hingga 338 SM. Baginda ialah anak dan pewaris Artaxerxes II dan ibunya ialah Stateira.
Sebelum menaiki takhta, Artaxerxes merupakan seorang satrap dan komander tentera ayahnya. Artaxerxes naik takhta selepas seorang saudaranya dihukum bunuh, seorang lagi membunuh diri, yang terakhir dibunuh dan ayahnya, Artaxerxes II mangkat. Tidak lama selepas menjadi raja, Artaxerxes membunuh seluruh keluarga diraja untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai raja. Baginda memulakan dua kempen utama melawan Mesir. Kempen pertama gagal, dan diikuti oleh pemberontakan di seluruh bahagian barat empayarnya. Semasa pencerobohan kedua, Artaxerxes akhirnya mengalahkan Nectanebo II, Firaun Mesir, membawa negeri itu kembali di bawah kuasa Parsi selepas enam dekad.
Pada tahun-tahun terakhir Artaxerxes, kuasa Philip II dari Makedonia semakin meningkat di Yunani, yang mana dia cuba meyakinkan orang Yunani untuk memberontak menentang Empayar Hakhamaniyah. Kegiatannya ditentang oleh Artaxerxes, dan dengan sokongannya, kota Perinthus menentang pengepungan Makedonia.
Terdapat bukti untuk polisi pembinaan baharu di Persepolis pada akhir hayatnya, yang mana Artaxerxes mendirikan istana baru dan membina makamnya sendiri, serta memulakan projek jangka panjang seperti Pintu Gerbang Tidak Selesai.