Aris (album 1994)
| Aris | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 1994 | |||
| Dirakamkan pada | May 93 - Mar 94 | |||
| Genre | Rock, Pop | |||
| Syarikat | EMI | |||
| Penerbit | Aris Ariwatan Mohd Arzmy | |||
| Kronologi Aris Ariwatan | ||||
| ||||
| Single daripada Aris | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Aris adalah sebuah album studio berkonsepkan pop dan rock nyanyian penyanyi popular Aris Ariwatan yang diterbitkan pada tahun 1994. Album ini merupakan album beliau yang paling berjaya dan cukup mempopularkan lagu "Lamunan Terhenti" yang kekal malar segar hingga kini. Lagu tersebut juga berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-10 sebagai finalis kategori balada. Video muzik lagu tersebut juga berjaya mempopularkan aktres Aida Aris yang ketika itu seorang peragawati asal Singapura yang baru berjinak dalam dunia lakonan.
Album ini merupakan kali pertama Aris sendiri menggalas tugas sebagai penerbit di bawah seliaan syarikat rakaman EMI Music. M. Nasir juga tidak terlibat dalam pembikinan album ini, kali pertama sejak album pertama Aris. Album ini tersenarai sebagai finalis kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik pada edisi kedua penganjuran. Pada tahun 2013, Awie telah merakam semula lagu "Lamunan Terhenti" bersama Ezlynn untuk filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.