Anugerah Juara Lagu ke-10

Anugerah Juara Lagu
ke-10
Tarikh30 Disember 1995
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraAzwan Ali
Fauziah Ahmad Daud
(Dibantu oleh:
Shamsul Ghau Ghau & Iwan Dasri)
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Cinta Beralih Arah"


Juara Lagu 1995 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1995. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Anugerah ini telah diacarakan oleh Azwan Ali dan Fauziah Ahmad Daud serta dibantu oleh Shamsul Ghau Ghau dan Iwan Dasri (Sinaran Pasport Kegemilangan). Anugerah kali ini juga telah melakukan lintas langsung di beberapa buah bandar lain antaranya Alor Setar, Kuching, Melaka dan Kuala Terengganu bersama barisan penyanyi baru Maya, Shajiry Dameri, Azie dan Mamat (Exist).