Apam balik

Apam balik (Jawi: أڤم باليق) atau juga dikenali sebagai apom balik, martabak manis (Jawi: مرتابق مانيس) dan terang bulan (Jawi: ترڠ بولن) (bahasa Inggeris: turnover pancake; Cina: 曼煎粿, Hokkien: Ban Chang Kueh, Hanyu Pinyin: Màn Jiān Guǒ) merupakan sejenis kuih berupa apam tradisi Fujian sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai.