Anugerah Right Livelihood
| Anugerah Right Livelihood | |
|---|---|
| Nama asli | Right Livelihood Award (en) |
| Jenis | Politics award (en) |
| Penerangan | "penyelesaian praktikal dan contoh terhadap masalah-masalah paling penting yang dihadapi dunia pada kini" |
| Negara | Sweden |
| Disampaikan oleh | Yayasan Anugerah Right Livelihood (Right Livelihood Award Foundation) |
| Kali pertama | 1980 |
| Tapak web | |
| rightlivelihoodaward.org | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Anugerah Right Livelihood (Right Livelihood Award) ialah anugerah antarabangsa tahunan yang bertujuan untuk "menghargai dan menyokong penyelesaian praktikal dan contoh terhadap masalah-masalah paling penting yang dihadapi dunia pada kini". Anugerah ini juga bertujuan untuk mempromosikan penyelesaian masalah-masalah antarabangsa yang dikemukakan para pemenang.
Anugerah ini diasaskan oleh dermawan Jerman-Sweden, Jakob von Uexkull pada 1980. Pemenang anugerah ini ditentukan oleh para hakim antarabangsa yang dibantu oleh lima orang ahli lembaga tetap anugerah dan dipilih berdasarkan pelbagai bidang seperti keamanan, kesihatan dan pembangunan mampan.
Anugerah ini juga digelar sebagai "Hadiah Nobel Alternatif," tetapi anugerah ini tiada sebarang kaitan dengan hadiah Nobel ataupun yayasannya.
Setakat 2013, 153 penerima telah dianugerahi dengan anugerah ini dalam kalangan 64 buah negara. Penerima-penerima anugerah ini termasuklah Anwar Fazal, Sahabat Alam Malaysia dan Munir Said Thalib.