Sahabat Alam Malaysia
| Sahabat Alam Malaysia صحابة عالم مليسيا | |
|---|---|
| Jenis | NGO |
| Ibu pejabat | Pulau Pinang |
| Penubuhan | |
| Pengasas | S.M. Mohamed Idris |
| Diasaskan | 27 September 1977 |
| Identiti | |
| Orang penting | Meenakshi Raman (Presiden) |
| Fokus | Alam sekitar |
| Matlamat | Memastikan pilihan-pilihan pembangunan dan pengurusan sumber-sumber alam kita dilakukan secara lestari dan mesra alam, dipandu oleh prinsip-prinsip keadilan di dalam perlindungan alam sekitar. Perlindungan sumber alam yang berkesan hanya dapat dicapai apabila ada kesaksamaan di dalam masyarakat, di mana hak-hak orang asal, petani, nelayan dan komuniti tempatan ke atas sumber-sumber asli dihormati dan keadilan tentang gender menjadi sebuah kelaziman. |
| Laman sesawang | www |
| sunting | |
Sahabat Alam Malaysia (SAM) - Friends of the Earth Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan-kerajaan kebangsaan bebas yang ditubuhkan pada tahun 1977 di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. SAM beroperasi dari dua buah pejabat; di Pulau Pinang di Semenanjung Malaysia dan di Marudi di Sarawak, Borneo. Semenjak tahun 1983, SAM telah menjadi anggota Friends of the Earth International (FoEI). Fokus pejabat SAM di Pulau Pinang, ibupejabat pertubuhan kami, adalah isu-isu di Semenanjung Malaysia, manakala pejabat di Marudi bertanggungjawab tentang isu-isu dan aktiviti di Sarawak.