Warna 942
| Kawasan penyiaran | Singapura Johor Bahru, Johor Batam dan Pulau Bintan (Indonesia) Iskandar Malaysia (Malaysia) |
|---|---|
| Frekuensi | 94.2 FM |
| Tarikh siaran pertama | 1 Jun 1936 as Radio Singapore |
| Format | Muzik Melayu kontemporari, radio berita, radio bual bicara |
| Bahasa | Melayu |
| Pengenal terdahulu | Radio 2 (atau Radio Dua) |
| Frekuensi terdahulu | 675 kHz |
| Pemilik | Mediacorp |
| Siaran web | |
| Tapak web | Warna 942 |
Warna 942 ialah sebuah stesen radio berbahasa Melayu milik Mediacorp di Singapura. Ia menyiarkan lagu-lagu Melayu dan menyediakan perkhidmatan awam Islam di Singapura. Ia merupakan salah satu radio tertua di Singapura yang ditubuhkan era Negeri-negeri Selat sebagai Radio 2 Singapura pada 1 Jun 1936, bersama-sama Gold 905, Capital 958 dan Oli 968.
Stesen ini mengalami penjenamaan beberapa kali sehingga pada 23 November 1991, stesen ini memperoleh nama yang digunakan kini, iaitu Warna.
Menurut Tinjauan Radio Nielsen, stesen radio ini ialah stesen radio Melayu nombor satu di Singapura bagi tahun 2022.