Khai Bahar

Khai Bahar
Kelahiran
Muhammad Khairul bin Baharuddin

(1994-02-28) 28 Februari 1994
Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis, Malaysia
Kerjaya muzik
GenrePop balada slow rock
Syarikat pengurusanGrateful Music
Syarikat rakamanNAR Records, Seventeen Eleven Music, Rusa Music

Muhammad Khairul Baharuddin (lahir 28 Februari 1994) atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Berketinggian 170cm. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule daripada peminat beliau.

Khai Bahar mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Dalam tempoh 8 tahun bergelar anak seni, Khai Bahar telah meraih hampir 50 anugerah iaitu dari Anugerah MeleTOP ERA (2017 - 2021), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2017 - 2021), Anugerah Planet Muzik (2017 & 2018), Top Hot HOT FM (2017) dan Anugerah Digital Muzik ERA (2018 & 2019).


..