Caliph Buskers
Caliph Buskers | |
|---|---|
| Genre | Pop rock |
| Tahun aktif | 2014 |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Caliph Buskers ialah sebuah kumpulan muzik Malaysia yang berstatus kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan. Kumpulan ini ditubuhkan pada 2014 dengan barisan ahli kumpulan terdiri daripada Zaki Ismail (gitar bes), Fendy Adlun (dram), Nirwan Zainalabidin (gitar), Khairul Azmi Saat (vokal, papan nada) dan Nadira Rubiana (pengocok). Bermula dengan mencipta nama sebagai penyanyi jalanan di sekitar ibu kota, Caliph Buskers pertama kali mendapat perhatian umum sebaik sahaja membuat kemunculan pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) dengan menyanyikan lagu "Romancinta" nyanyian asal kumpulan Mojo, sekaligus muncul sebagai pemenang trofi Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
Fendy Adlun meninggalkan Caliph Busker pada Mei 2024 susulan salah paham yang berlaku di antara ahli kumpulan.